top of page

Hanifah merasmikan Seterra Dialogue 2024 (SeDIA24) Persidangan Kebangsaan Penjagaan 2024 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.

2848148.webp

Nurul Shima Shahminon (SUARA SERAWAK)

8 Aug 2024

KUALA LUMPUR : Ekonomi penjagaan (silver economy) sedang berkembang pesat di Asia Tenggara, dengan Malaysia diunjurkan berpotensi meraih pasaran bernilai kira-kira AS$25.5 bilion daripada industri tersebut.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib menegaskan bahawa Malaysia harus melihat penuaan populasi sebagai peluang ekonomi dengan memanfaatkan sektor ekonomi baharu seperti ekonomi penjagaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti masyarakat secara keseluruhan.


“Potensi pasaran global yang boleh diteroka daripada trend penuaan populasi dianggarkan mencapai AS$4.56 trilion pada tahun 2025,” kata beliau ketika merasmikan Seterra Dialogue 2024 (SeDIA24) Persidangan Kebangsaan Penjagaan 2024 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.


Beliau turut mencadangkan bahawa pelbagai industri di Malaysia berpotensi untuk mendapat manfaat daripada permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, sama ada dari dalam atau luar negara. “Ini termasuk pelancongan penjagaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang, bekalan peralatan perubatan, serta teknologi perubatan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan robotic,”ujarnya.


Beliau mengajak lebih banyak syarikat swasta untuk terlibat dalam pembangunan produk dan penyelesaian yang menyasarkan warga emas serta sektor ekonomi penjaga.


Persidangan yang dianjurkan oleh Bina Darulaman Berhad dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Seterra dan MY Iskandar Sdn Bhd itu menampilkan dua forum utama: “Menyepadu Ekonomi Penjagaan kepada Pembangunan Nasional” dan “Memperkasa Sinergi Sektor Swasta dalam Ekonomi Penjagaan,” yang melibatkan ahli panel terkemuka daripada pelbagai pemegang taruh.


Menurut kenyataan daripada Kumpulan Syarikat Seterra, persidangan tersebut bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan ekonomi penjagaan dan potensi pertumbuhan aktiviti pelaburan dalam industri berkaitan di Malaysia.

  • LinkedIn
  • Instagram

©2024 by Seterra Group of Companies

bottom of page